Ainul Mardhiah89's Blog
Just another WordPress.com weblog

Jan
10
Assalamualaikum sahabat-sahabat..
Blog ni lame dah x update..Sebenarnya,,saya tak guna dah blog ni..jarang-jarang buka..Saya ade buat blog baru..jom lawat blog terbaru saya di  http://qurratunainun.blogspot.com
Aug
02
Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: “Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui baginda sedang menangis. Kami bertanya kepada baginda, “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Baginda menjawab,”Pada malam aku di Israk dan dimikrajkan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan. Maka bila teringatkan mereka aku menangis.” Saya bertanya lagi, “Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?” Baginda bersabda: Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan tar yang mendidih dari neraka dituangkan ke dalam kerongkongnya. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular dan kala jengking. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Wanita yang bermuka hitam dan memakan usus perutnya sendiri. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut)dan badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan. Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, “Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku, ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu.” Rasulullah SAW bersabda, “Wahai Fatimah, ada pun tentang: Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (tidak bertudung) di hadapan lelaki. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana menyakiti hati suaminya dengan kata-kata. Kemudian Nabi SAW bersabda: “Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuat mulutnya kelak dihari kiamat selebar 70 zira’ kemudian akan mengikatnya di belakang lehernya.” Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haidh dan nifas. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suku membicarakan keaiban orang. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal)dikalangan orang ramai dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking keranadia mampu mengerjakan solat dan puasa, tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu domba(melaga-lagakan orang) serta berdusta. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.
ya Allah ,,ampunilah dosa-dosaku..jauhkanlah kami daripada azabMu ini..astaghfirullahalazim…
Aug
02

isnin,2 ogos 2010…

rasenye dah bangun awal td…uhhhhhhhhhhhhu..kol 6 suku..lepas solat subuh,ngaji Al-Quran..xtaw cmner bole aku tido lepas tu..astaghfirullahalazim…x patot2..dahla kelas ade kol 8…huhu..mmg benar,kita hanya merancang,,tapi hanya Allah yang menentukan..mmg x trfikir pom sblm tu nk tdo,,knapela bole trtido..huhu..bangun2 trkejut bsr aku,,tgk jam kol 7.30..time ni spatotnyer aku naek bas dh.dahla kolej jauh ngan fakulti..tp apekan dayaku utk undur balik mase td..urm,lepas siap semua,hampir kol 8,,ingatkn ade bas lg..x taw la plk,bas dtg kol 8.20..huhu..aku dh lwt setengah jam ke kls..huhu..

trfikr jgk mse tu,nk pegi ke x ke klas..teringat kls minggu lps cancell,mesti kls ari ni ade..n msti ustz akn bagi assigment..brdebar hatiku bla kwn sms “ustaz dh masuk kelas”..ayyo..cmner la aku nk brdepan ngan ustaz ni..smpai jer kat kelas,ustz tnye..name ape??knape lewat??x trjawab aku..huhu..malu nk kate aku bangun lewat..lepas tu ustz ckp,ni memang xde alasan..kali ni sy maafkan..lepas ni,buat lg,,sy xkn maafkn lg..xtawla cmne perasaan aku mse tu..nk minta maaf,tp x terluah perkataan maaf tu..ustz,sy betul2 minta maaf..mmg sy salah..sy janji x akn buat lg..

hari ni nk kate pelik xtawla..mmg sjk pagi td,sume bnda x mnjadi..pakai tudung pom berapa kali x kna,pin tudung ntah berape kali jatuh..huhu..mmg nk jadi bnda lepas tu..kna mrh kat ustaz..nasib baik ustz maafkn..tp yang aku takut adlh,betul ke ustz maafkn sy??mmg ustz ckp cmtu,tp dlm hati cmne?kot ustz ade trase ke..huhu..sdeynyer ari ni..

ustz,,asifni jiddan..

Aug
01

Bismillahirrahmanirrahim..

Al-hamdulillah pada hari ini kita masih dapat menikmati segala nikmat yang Allah kurniakan terumanya nikmat iman dan islam..setinggi kesyukuran yang tak terhingga ku rafa’akan pada Rabbul Izzati Tuhan sekalian alam..ya Allah,,aku bersyukur sgt2 padaMu kerana kehidupan yang Kau berikan pdku..kehidupan yang penuh hikmah..walaupun ujian yang kadang2 hadir mengajar diri yang hina ini untuk sentiasa sujud padaMu ya Allah…

ya Allah ,mengalir air mataku tatkala mengingati dosa-dosa yang telah aku lakukan..terlalu banyak..bagai pepasir di pantai..adakah Engkau akan merima hambaMu seperti ini..aku malu padaMu ya Allah..kerana setiap kali aku bertaubat,,setiap kali itulah aku berbuat dosa tanpa aku sedar atau tidak..biarlah dosa sekecil mana pun tetap akan dikira pada hari kelak..astghfirullahalazim..ampunilah dosa-dosaku..perbaikilah akhlakku ya Allah..aku mohon sangat2 padaMu…

ya Allah,,hampir seminggu lagi,,bulan yang sangat mulia dan penuh keberkatan akan hadir..Ramadhan kareem..adakah aku akan berjumpa dengan bulan ini..hanya Engkau sahajalah yang Maha Mengetahui..aku memohon padaMu supaya panjangkanlah umur kami..hidupkanlah kami dalam nikmat iman dan Islam..ameen ya rabbal alamin…

Jul
26

Pengertian Nisfu Syaaban

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.
Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib).

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Rasulullah s.a.w menjawab, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda.
Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada awal, pertengahan dan akhir bulan ini (Syaaban) maka Allah akan menuliskannya baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid.
Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al -Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat di samping doanya tidak akan ditolak.

Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

Fadhilat Amalan-amalan di bulan Syaaban

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

1. Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”

Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).

2. Membaca Yassin 3 kali

Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).

Tiada nas mengenai membaca Yassin sebanyak 3 kali namun sebagaimana petikan hadis diatas “……maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” Maka tidak sukakah kita sekiranya amalan bacaan Yassin itu diangkat oleh ALLAH s.w.t? tetapi jgn lah diqasadkan dlm hati ianya adalah perkara yg mesti dan wajib dilakukan kerana utk mengelakkan amalan yg bida’ah. Bacaan Yasin pertama dengan doa untuk diselamatkan dunia akhirat, selepas bacaan Yasin kedua doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan dan selepas bacaan Yasin ketiga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal.

3.Mengadakan Qiamullail

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

4. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)

5. Bertaubat

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Abdullah bin Maslamah menyampaikan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku memperkenankan doanya ? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).

P/s: Adapun amalan2 ini jgn lah dikhususkan pada bulan Syaaban shj, kerana ianya adalah lebih baik (afdhol) diamalkan selalu..dikhuatiri menjurusk kpd bida’ah.. SELAMAT BERAMAL… salam dakwah & ukhwah

sumber:http://secretwhisper.net/2010/07/fadhilat-bulan-syaaban/
http://albakriah.wordpress.com/2010/07/17/hidupkan-syaaban-dan-nisfu-syaaban-dengan-amalan-soleh/
Petikan tulisan asal oleh Ustaz Halim INIJALANKU http://www.inijalanku.wordpress.com

Jul
23

MUHASABAH CINTA….

WAHAI PEMILIK NYAWAKU…

BETAPA LEMAH DIRIKU INI…

BERAT UJIAN DARIMU…

KU PASRAHKAN SEMUA PADAMU..

TUHAN…BARU KU SEDAR 

INDAH NIKMAT SIHATMU ITU…

TAK PANDAI AKU BERSYUKUR

KINI KU HARAPKAN CINTAMU

KATA-KATA CINTA TERUCAP INDAH..

MENGALIR BERZIKIR DI KIDUNG DOAKU…

SAKIT YG KU RASA.. KIAN ..JADI.. PENAWAR DOSAKU

BUTIR2 CINTA AIR MATAKU

TERINGAT SEMUA YG KAU BERI UNTUKKU..

AMPUNI KHILAF DAN SALAH SELAMA INI

YA ILLAHI..

MUHASABAH CINTAKU….

TUHAN ..KUATKAN AKU..

LINDUNGIKU DARI PUTUS ASA..

JIKA KU HARUS MATI..

PERTEMUKAN AKU DGNMU…

KATA-KATA CINTA TERUCAP INDAH…(ULANG KORUS)

MUHASABAH CINTAKU…

Apr
23

Bismillahirrahmanirrahim..

Seringkali hati bertanya, minda ligat berfikir, mengasak soalan bertalu-talu pada diri, mengapa manusia susah nak buat baik?

Mengapa segelintir manusia lebih suka memilih untuk buat jahat?

Kadang- kadang ingin saja ku temuramah mereka “terlibat dengan urusan sebegitu”, ..

Kenapa jadi jahat? Tak takut Tuhan ke? Tak nak masuk syurga ke? Dah tak sayang keluarga?kenapa, mengapa, dan untuk apa…

Namun, hati ini masih sedar, mereka juga manusia, juga punya naluri, punya akal dan perasaan, juga punya nafsu, sama sepertiku..adalah tidak wajar untuk menghukum mereka seratus peratus.

Kadang-kadang soalan- soalanku dijawab secara tidak langsung oleh “mereka”, terpapar di dada-dada akhbar, juga di majalah-majalah..

Jawab mereka,

“bukan kami tak nak jadi baik, kami nak..kami nak masuk syurga..tapi kami jahat..
alang-alang dah buat jahat, biar sampai masuk neraka”


“keluarga pun dah tak nak terima kami.masyarakat mula menyisihkan kami. kami hina di mata mereka.kami tak layak untuk berdiri satu barisan bersama pak imam, tak layak nak bersalaman dengan pak lebai”


“ayah dan mak dah tak nak tengok muka saya lagi. mereka malu atas perbuatan saya. kekasih saya lari meninggalkan saya dan anak yang saya kandungkan. mak tak nak mengaku saya ni anak dia. saya dah tak suci, saya dah tak ada apa-apa..”

Itu antara jawapan-jwapan daripada “mereka”..

Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah sebegini yang dipaparkan untuk tatapan kita, untuk dijadikan teladan, bukannya ikutan..tapi, yang menghairankan aku, semakin banyak kisah sebegini didedahkan kepada masyarakat, maka masyarakat seharusnya sedar  dan menjadikannya sebagai iktibar, memulakan langkah untuk  mendidik anak-anak kecil yang masih bersih fitrahnya, memantapkan pendidikan bagi anak-anak yang sudah mulai dewasa, dengan pelbagai pengisian agama, agar tidak mengikut jejak langkah “mereka” itu.

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bermula dari kes yang kita anggap remeh-temeh sehinggalah kes yang membawa ke tali gantung, semuanya seakan dipandang ringan oleh masyarakat. 

Malah mereka seakan berlumba-lumba, untuk mencari publisiti murahan, memenuhi dada-dada akhbar, gembira melihat wajahnya ditayangkan di kaca televisyen, tersenyum megah kerana dia dikenali ramai, namanya menjadi bualan di sana- sini, kerana terbait dengan kes RASUAH, BUNUH, ROGOL, dan tak kurang juga yang sibuk memenuhi lebuh raya, merempit sana sini tak tentu hala, kononnya hendak mati di JALAN YANG LURUS. 

Belum termasuk lagi kes-kes HARUAN MAKAN ANAK, pelajar SEKOLAH AGAMA buang anak, tambah lagi dengan masalah politiknya, dan  bermacam- macam jenis ‘penyakit’ lagi, yang kini sedang menular di kalangan masyarakat kita, yang kelajuan penularannya  mengalahkan penularan virus H1N1.

Aduhai manusia, aduhai bangsaku..

Mengapa kalian memilih jalan sesempit ini. maka akan dijawab mereka,

“kerana ini sudah ditakdirkan Allah”

Aduhai, mengapa kalian sanggup menghukum diri sendiri, sedang Allah telah berfirman bahawa tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu kecuali dengan tangan mereka sendiri.

Mengapa masih memilih untuk menjadi jahat sedang jalan untuk menjadi baik itu adalah lebih senang daripada menjadi jahat!.

Mengapa berputus asa dari  rahmat Allah, sedangkan ketika 1 pintu rahmat Allah telah tertutup untuk kita, maka akan dibukakan untuk kita 99 pintu yang lain.

Subhanallah, begitu sekali sayang Allah pada kita. Begitu sekali baiknya Allah pada kita, tapi mengapa kita jadikan Allah murka atas segala perbuatan kita? dan kita berkata,

“aku dah jadi jahat, mana mungkin Allah akan menerima aku sebagai hambaNya”.


Masya Allah, pernahkah kalian mendengarkan kisah tentang seseorang yang kehilangan untanya di padang pasir? seseorang yang berkenderaan di tengah-tengah padang pasir, kemudian haiwan yang ditungganginya itu lari meninggalkannya, sedangkan di atas haiwan itu terdapat bekalan makanan dan minumannnya.

Dia berputus asa untuk menemui haiwan dan bekalannya. Lalu dia duduk berteduh di bawah sebatang pohon dan berbaring, kerana dia benar-benar berputus asa untuk menemui haiwan tunggangannya itu. Kemudian dia tertidur.Sejurus dia bangun dari tidurnya, dia mencari lagi untanya itu dengan berjalan kaki namun dia tidak menjumpainya. dia berjalan lagi, namun gagal menjumpainya. Dia mencarinya untuk kali ketiga, namun       usahanya itu masih gagal.

Apabila dia kembali ke tempat tidurnya sebelum itu, tatkala dia duduk termenung, tanpa diduganya, tiba-tiba unta tunggangannya yang hilang itu muncul kembali, lengkap dengan bekalan yang dibawanya. Kemudian, dia segera memegang tali tambatannya. Bayangkan kalau kita berada di tengah padang pasir yang luas dan panas yang terik, hampir berputus asa untuk mencari unta yang hilang, tetapi tiba-tiba unta itu muncul kembali di hadapan kita. Mana mungkin kita tidak gembira, gembira yang bukan kepalang..namun sahabatku, sesungguhnya, Allah s.w.t itu lebih jauh lagi gembiranya dengan taubat seorang hamba berbanding dengan musafir yang menemui untanya di padang pasir itu tadi.

Wahai sahabatku sekalian, ayuh,

bersangka baiklah dengan Allah.  Sebagaimana kita gembira bertemu dengan kekasih hati, malah Allah lebih gembira daripada itu.

Sebagaimana kita menyayangi kekasih hati sepenuh jiwa, namun sayangnya Allah lebih daripada itu, betapa luasnya nikmat pemberian Allah, tapi sayang hanya kita sahaja yang tidak tahu untuk menghargai pemberiannnya.

Banggalah menjadi hamba Allah, tanamkanlah rasa cinta pada Allah dalam diri kita, kerana cinta Allah pada hambaNya sangat tidak ternilai.

Demi cinta Allah pada hambaNya, Allah telah berfirman,

” dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hambaNya yang bertaubat, serta memaafkan kejahatan-kejahatan yang telah mereka lakukan dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan”, surah an-nisa (4:16).

Sungguh, Allah telah membukakan pintu rahmatNya di siang hari untuk menerima taubat hamba-hambaNya di waktu siang, dan membukakan pintu rahmat pada malam hari hari, untuk menerima taubat hamba-hambaNya pada malam hari.

Tapi, melihat keadaan kita pada hari ini, yang masih lagi dengan ego dan sombong yang menebal pada diri..cita-cita tinggi dijulang, mengimpi syurga Allah, namun tanpa sedar, amalan- amalan yang kita lakukan itu semakin membuatkan kita  jauh dari syurgaNya, jauh dari rahmatNya..

Amatlah rugi bagi mereka yang telah diberi peringatan, tapi masih bermegah-megah dengan diri sendri, tanpa sedar apa yang kita miliki ini semuanya adalah milik Allah. Alangkah sedihnya Allah, seakan tiada siapa lagi yang memerlukanNya, seakan tiada siapa yang mahukan taubatnya diterima, seakan tiada siapa yang mahu dosanya diampunkan, dan..seakan tiada siapa yang berlumba-lumba untuk meraih cintaNya Yang Maha Pengasih, lagi Pemurah itu..

Apr
17

p/s: saya copy paste bulat-bulat dari page notes fb seorang sahabatl… just thought i ought to share wif others. agak panjang, tapi amat bermakna.. after this line, is not my doing.. sume copy paste..hehe ___________________________________________________________________________________ ..Taken from da story in one of my fren’s fb album..huhu Alhamdullilah, Allah bagi peluang utk ternampak dan baca cerita ini..syukur, Islam y kita perjuangkn selama ini tidak sia2 sebenarnye😉 ________________________________________________

Kisah Benar: Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah SAW

Sesuatu yang berharga utk dikongsi bersama… Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani… Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006. Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah. Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..” Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.

Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..” Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..” Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati…” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak. Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah.

Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini. Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..” Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud: “Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..” Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..” Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan… Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku… Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..” Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56) p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah! (kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..) sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W… banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’alam..

(*_*) -Sumber-http://www.ar- rifke.com/ 2010/04/kisah- benar-pelajar- uia-bermimpi. html dgn linangan air mata hamba upload artikel ini..terasa sedih hati ini dgn dosa2 selama ini..terasa begitu kasih rasulullah pd umatnya..ummati ummati ummati..tp kita melupakan nya..;( kwn2 ku sekalian sama2 lah kita memperjuangkan agama Allah..;( saudara2 ku cuba la ubah sikit2 yg xelok..begitu terasa kerisauan rasulullah pd umatnya..;(

Sbg perkongsian ilmu~~..

Apr
14

Huhu..sdey jer tgk tjuk kat atas ni kan??mcm kemaafan ditolak jer..

Sblm tu..assalamualaikum sume..slmt malam..

lame dh rsenyer x conteng blog..huhu..mlm ni tringin sgt walau esk nk brperang exm..hehe..xpe sbntr jerr..x lame..nk luah ape yg trsirat dlm hati..”mcm nk luah prasaan jer ni””haha..nggak la..sje2..but full  of the means…

sblm ni..tension ..yer la,assigment la..exam la..presentation lg..huhu..letih ugak duk kt u ni..ingt lg sblm msuk u,,time sek dlu2,ckgu ckp duk u ni bebas..relax..xdela tension mcm duk kat skul..betul jgk kta ckgu tu..ade time kta relax je,but ade time fuh..nk duduk pom x sempat..mklumla kna anta assigment..sblm anta assigment tu bkn maen sbuk lg cri book nk buat rujukan..penim2..rse berat sgt tanggungjawab jd mahasiswi ni..kalau dfikirkan  sume ni adlh cabaran  yg mematangkn kta.. utk mnjadi seorg muslim yg brguna pd agma ,msyarakat n ngara bkn senang..kna lalui pelbagai cabaran dan ujian..ana akui setiap ujian ada hikmahnya..

sbnarnye nk ckp ape ek??sdap duk menggoreng jer td..goreng,goreng jgk..tp biarla brmakna..hehe

Marah??sume org xkn trlepas dr perasaan mrh..kalau xde perasaan ni,normal x org tu??x tawla..wallahualam..

Sbgaimana yg kta taw,mrh kn  dr syaitan..so,kna pandai2 control marah tu..cmne nk contol??ikut ape yg sy bljar,nk hilangkan perasaan mrh tu byk caranye..slh stu drpdanye..”brwuduk”..insyaAllah tenang jiwa..sblm tu,nk kurangkan perasaan mrh,ade jgk yg ckp kna duduk dlu,pstu kalau x hilang,minum air msk ..kalau x hilang jgk baring dlu..dn ana rse yang paling mujarab amik wuduk n solat sunat dua rakaat..n then bca al-Quran..insyaAllah..ketenangan itu akn hadir..sbagaimna firman Allah yang brmaksud:

Dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang..tenang sgt kalau bca Al-Quran..so,amal-amalkan sunnah Nabi ni yer kwn2..hehe..peringatan tuk dri n shbt sume..

xdela nk cter sgt..mengarut plk mlm2 ni..kihkih..erm..xtawla..rse mcm ade wat slh ngan org jer..time org wat slh,kta mrh..time kta x sdar yg kta buat org mrh..org laen plk yg trase..huuhu..astaghfirullah..

Pada sume shbt2,member2,kwn2 ..sma ada yg duk klate,ukm..or di mna anda brade..ku pohon sepuluh jari ni nk minta maaf ngan kalian..huhu..sdey plk ..cam nk prgi jauh jer..tp kta x taw kn..mcm arwah Din Bermboi yg meninggal dunia bru2 ni..sdey plk..x sgka rsenyer..mcm bru tgk jer muka dia kt tv dlm citer rja lawak..dia pom dh prgi..bila ajal seseorg tlh dtg,stu saat pom kta xle nk lari dh..sume org akn merasainyer..

Sebagaimana firman Allah:

Setiap yg hidup pasti akn mati..

Ana,sy,I n aku nk mitak maaf byk2 ngan korang sume kalu trase dgn dri yg lemah ini..”brjiwang plk mlm2 ni”..tp ni btul2 nk mitak maaf..hehe..okla..nk smbung bab metod dakwah plk..esk nk exm..

Buat yang trbaek dlm exm maupom dlm hidup..biarlah ikhlas utk mncapai keredhaan Allah..bkn sbb nk dekan smata2..

Apr
07

Wahai sahabat Muslimat Sekalian,
Renung-renungkanlah intipati daripada
surat Adam kepada Hawa ini….Ketahuilah
olehmu wahai Bunga-bunga Islam,kita
adalah sayap kiri pada mereka(kaum
muslimin). Sedih rasanya jika teguran
baik yang mereka berikan kita tak
ambil kisah. Bukankah ia juga untuk
kebaikan bersama.Fikirkanlah wahai
sahabat-sahabatku……

SURAT ADAM UNTUK HAWA

Dengan nama Allah swt Yang Maha
Pemurah Lagi Maha Penyayang………..
Didoakan semoga kalian berada dibawah
lembayung rahmat dan keredhaan Allah
swt….

Hawa….

Maafkan aku jika coretan ini bisa
mengguris hatimu. Meskipun
kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa
hancur lantaran kata-kata yang bakal
ku ungkap ini, mengertilah duhai
Hawa….kerana kaulah pengubat
kesunyian waktu aku di syurga
dulu….dan engkau juga asalnya dari
tulang rusuk kiriku yang
bengkok,lantas kerana bimbang hidupmu
terpesong dari landasan yang
sebenarnya,kugagahi jua diri ini….

Hawa….
Maha Suci Allah yang telah
mentakdirkan kaummu melebihi
bilanganku di akhir zaman ini. Itulah
kebesaran dan penelitian Allah swt
dalm urusan-Nya. Bayangkanlah
Hawa…sekiranya kaumku melebihi
kaummu, yang pasti dunia ini kan
berkecai kerana huru-hara dan
diselimuti warna-warna suram lantaran
kekejaman dan penindasan….

Hawa….
Suka untukku mengajak dirimu agar
berfikir sejenak tentang hakikat
kekalutan yang melanda disaat ini.
Tapi permintaanku,duhai
Hawa…cubalah ! renungkan jua yang
sebenarnya dirimu kini sudah
berubah…Tidakkah kau mengerti bahwa
dirimu kini…kian berubah..tidakkah
kau mengerti bahwa dirimu adalah
umpama sekuntum bunga yang indah di
pandangan mata namun bukan perhiasan
semata-mata. Duri-duri yang
melingkarimu itulah hijab yang
digariskan oleh Allah swt sebagai
pelindung yang diertikan sebagai aurat
seorang yang bergelar wanita…Mengapa
Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia
terdedah…kepada kami,kaum ajnabimu?
Betapa hancurnya hatiku menyaksikan
dirimu umpama bahan yang dapat
diperkotak-katikkan. Dimana-mana
saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan
langkah ,bukan sebaik dulu
lagi…langkahmu kian pantas….apa
sebenarnya yang engkau kejari?…ku
sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak
dapat membezakan antara dirimu dan
teman-teman yang lain…Bersama
hayunan langkah itu, suaramu kian
meninggi,diiringi gelak tawa yang
cukup memedihkan mata dan hatiku
ini…Sedarkah kau Hawa…..????
Haruskah aku terima hakikat yang kau
kini sudah berubah? Semakin jauh dari
landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki
buatmu dahulu!!!

Hawa….
Mengapa mesti dirimu kini jadi
tontonan ramai? Perlukah kau hiasi
dirimu untuk menarik perhatian
sehinggakan yang seharusnya menutupi
auratmu, kau miliki dari ciri-ciri
yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku
untuk melihat kembali keadaan yang
mana sesederhana yang mungkin! Cukup
untukku merasakan kehadiranmu disaat
ini tidak lebih dari mempamerkan
perhiasan diri yang kau
punyai…..Fahamilah Hawa,usahlah
menurut kerakusan nafsu menjelajahi
sebutir peluru yang bisa hinggap di
mana saja meninggalkan fitnah buat
kaumku ini….

Hawa….
Betapa sakit dan pedihnya disaat
kulihat auratmu menjala, di sekeliling
pandangan….Aku tidak mahu
Hawa…suatu hari nanti, dinegeri yang
abadi itu, memperlihatkan seksaan
terhadapmu yang ku kira paling
dahsyat, apa tidaknya…seurat
rambutmu yang keluar, ular menanti
dimana-mana, sejengkal tanganmu
kelihatan …aduh!! banyaknya seksaan
menantimu!…Mengapa begitu Hawa???
Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau
jaga adalah maruahmu! Maruah seorang
wanita yang tersandar di bahumu
kelemahan dan kekurangan!!! Jadi
bagaimana seandainya kelakuan dan
auratmu terpamer di mana-mana saja??

Hawa…
Tidakkah kau malu dengan
pembohongan yang kau sembunyikan dalam
dirimu sendiri….Di sini auratmu kau
selindungi disebalik pemakaianmu, atas
dasar peraturan dan persekitaran
kalian…tapi jauh nun diluar
sana ,tersentak diriku tatkala dirimu
telah jauh berbeza! Tudung ke
mana,jilbab ke mana? Apatah lagi
tingkah lakumu…!!! Dimana kau
letakkan martabat seorang yang
bergelar muslimah? Aku diselubungi
rasa malu atas penghinaan ini!

Hawa….
Tutupilah auratmu, jagalah
dirimu ,bertuturlah dengan suara yang
lembut mampu kau kawal lantaran jika
terlanjur, semuanya bisa membawa dosa
padamu…Jangan kau memperlihatkan apa
yang tersembunyi pada dirimu..tapi
ingatlah ,cukuplah sekadar tapak
tangan dan wajahmu yang
dizahirkan ,namun bukan
kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu…..

Firman Allah swt:

“Dan katakanlah kepada wanita-
wanita beriman,hendaklah mereka
menahan dari pandangan mata mereka dan
memelihara kemaluan mereka dan jangan
menampakkan perhiasan mereka kecuali
yang zahir daripadanya…”

Hawa….
Mungkin ku harus menghentikan
bicara pertama ini di sini
dulu…Andai diizinkan Allah swt, kita
bersua lagi dilain lembaran dan yang
pasti aku tetap terus membimbingmu.
Harapanku agar muncullah walaupun
hanya secebis kesedaran dihatimu dan
akan mendoakan moga Allah swt membuka
hati kalian untuk mencetuskan
perubahan….Akhir
kata ,ketahuilah………….

“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN DAN
SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA
SOLEHAH!!”

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.