Ainul Mardhiah89's Blog
Just another WordPress.com weblog

Hassan AL-Banna….kau pejuang yang unggul..

HASSAN AL BANNA..namamu terus mekar mengharum.

October 19, 2009 · Filed under IDOLA

 

Tanggal 12 Februari 1949 telah meninggalkan sejarah

hitam bagi gerakan Islam seluruhnya. Dunia
kehilangan seorang ulama' ulung yang mempelopori
gerkn mengemblikan Islam ke puncak kegemilangannya.
   As Syahid Hassan Al Banna belum sempat melihat Islam
didaulatkan kembali setelah kejatuhan khilafah
Othmaniyyah, tetapi beliau telah menang dalam
pertarungan mendapatkan syahid. Pemergian beliau
bukan secara kebetulan, tetapi ia merupakan
pembunuhan kejam yang terhasil daripada perancangan
musuh-musuh Islam yang berselindung di belakang Raja
Faroq.

Dua bulan sebelum kejadian, gerakan Islam yang
diasaskan oleh As Syahid Hasan Al Banna telah
diharamkan oleh kerajaan Mesir. Kesemua cawangannya
di sana yang berjumlah lebih daripada 3,000
diarahkan supaya dibubarkan dan sekiranya masih
beroperasi akan dikira sebagai pertubuhan haram,
pelampau dan pengganas.

Bukanlah suatu yang baharu bagi pemimpin Mesir
menjadi 'pak turut' kepada negara-negara Barat.
Dalam mengharamkan gerakan Islam ini, kerajaan Mesir
secara jelas mengikut telunjuk Amerika Syarikat,
Perancis dan Britain.

As Syahid Syed Qutub yang berada di Amerika ketika
pembunuhan Hasan Al Banna menceritakan bagaimana
rakyat Amerika Syarikat berpesta apabila menerima
berita kematian Hassan Al Banna.

TRAGEDI

Ketika kejadian, Hassan Al Banna berjalan
bersendirian di jalan Ramsis, Kaherah berhampiran
dengan pejabat Jam'iyatus Syubbanil Muslimin
(Persatuan Pemuda Islam). Bukti perancangan mereka
terbukti apabila jalan yang biasanya sibuk itu
menjadi lengang. Lampu-lampu jalan dipadamkan ,
semua kedai dan restoran ditutup dan tidak ada
kenderaan yang dibenarkan melalui jalan berkenaan
kecuali sebuah teksi yang beberapa kali
berulang-alik mencari 'sesuatu.'

Oleh kerana tiada kenderaan lain, Imam Al Banna
menahan teksi berkenaan untuk pulang ke rumahnya.
Dengan tidak disangka-sangka, sebaik sahaja teksi
berkenaan berhenti di hadapan beliau, tubuh beliau
terus dirobek oleh peluru-peluru yang dimuntahkan
oleh senjata pemandu teksi berkenaan.

Bagi menyempurnakan lakonan sendiwara seterusnya,
Imam Al Banna di bawa ke Hospital Al Qasrul Aini. Di
hospital berkenaan, dengan arahan daripada Raja (Al
Malik) Faroq, Imam Al Bana di tinggalkan
bersendirian tanpa diberi rawatan kecemasan
hinggalah beliua menghembuskan nafasnya yang
terakhir. Tarikh 12 Februari, lebih 53 tahun yang
lalu menjadi saksi pembunuhn kejam dan terancang
pihak berkenaan ke atas imamul-jihad, As Syahid
Hasan Al Banna.

Bukti Perancangan semakin terserlah apabila pada
4/7/49 kerajaan Al Malik Faroq mengisytiharkan
anugerah khas kepada konspirator utama yang
merancang pembunuhan berkenaan, iaitu ketua di
jabatan siasatan jenayah Kementerian Dalam Negeri,
Amir Mahmud Bek Abdul Majid dan pemandu serta
pemilik teksi berkenaan.

Mereka dianugerahkan elun khas di atas 'jasa dan
kesungguhan berkhidmat memastikan keamanan negara.'

TEKANAN

Bergembiralah musuh-musuh Islam dengan kejayaan
mereka membunuh pengasas gerakan Islam pertama di
dunia selepas kejatuhan khilafah Othmaniyyah.

Dengan kejayaan mereka membunuh Imam Al Banna, maka
bertambahlah tekanan demi tekanan ke atas
pengikut-pengikut serta anak-anak murid Imam Al
Banna. Mereka mencari anggota Ikhwanul Muslimun dari
rumah ke rumah serta memenjarakan mereka.

Rumah As Syahid Imam Al Banna tidak terkeculi
daripada pemeriksaan. Bahkan mereka mengadakan
kawalan khas di sekeliling rumah berkenaan selama
dua tahun. Sesiapapun tidak dibenarkan menghubungi
keluarga Imam Al Banna. Sesiapa yang cuba
menghubungi keluarga berkenaan akan ditangkap dan
dipenjarakan.

Talian telefon di rumah berkenan dipotong. Tidak
cukup dengan itu, mereka akhirnya mengelurkan arahan
supaya rumah berkenaan dirobohkan dengan alasan
ianya sudah usang dan dibimbangi akan membahayakan
orang ramai, sedangkan rumah berkenan masih dalam
keadaan elok.

Kebimbangan mereka ke atas dakwah Ikhwan ternyata
sekali apabila jenazah As Syahid tidak dibenarkan
diiringi oleh sesipapun di kalangan lelaki. Jenazah
beliau diiringi oleh para malaikat dan kaum ibu ke
kubur. Lelaki yng mengiringi beliau hanyalah
bapanya, Imam Abdul Rahman Al Banna dan Syeikh
Makram Abid.

Teknan ke atas anggota-anggota Ikhwan berterusan
walaupun Al Malik Faroq sudah tidak berkuasa lagi di
bumi Mesir. Tahun-tahun 1954, 1065 dan 1981 telah
merakamkan seribu satu macam kengerian di atas
penyiksaan yang dikenakan ke atas anggota Ikhwan.

Ramai ulama' dibunuh ditali gantung. Tidak kurang
juga yang disiksa dengan pelbagai jenis penyiksaan
di dalam penjara yang tidak diketahui di mana
letaknya.

GAGAL

Musuh-musuh Islam menyangka mereka berjaya menyekat
dakwah Islmiyyah dengan membunuh Imam Al Banna dan
menekan pengikut-pengikutnya. Sebaliknya kehendak
Allah mengatasi segala-galanya.

Dakwah Islmiyyah ini semakin tersebar ke seluruh
pelusuk dunia. Di sebahagian besar negara Arab
kemudiannya ditubuhkan cawangan Ikhwnul Muslimun. Di
Turkey ditubuhkan Refah Partisi. Di India, Pakistan
dan Bangladesh ditubuhkan Jamaat-E-Islami. Di
Malaysia ditubuhkan Hizbul Muslimin yang kemudiannya
diharamkan oleh Inggeris dan digantikan dengan Parti
Islam Se-Tanah Melayu (PAS). Di Indonesia, umat
Islam menubuhkan Mayumi. Di Palestin di tubuhkan
Hamas dan begitulah seterusnya. Parti dan gerakan
Islam satu demi satu bercambah hasil daripada
'biasan sinar dakwah' Imam Al Banna rahimahullah.

MENGAPA DIBUNUH?

Rami berpendapat, Imam Al Banna tidak akan dibunuh
jika beliau tidak menyertai jihad menentang Israel
pada 1948. Mana mungkin imamul-jihad ini berdiam
diri melihat Yahudi meratah-ratah daging saudaranya
di bumi Isra'. Sebab itulah beliau menyandang
senjata dan mengerahkan umat Islam supaya berjihad,
menyahut seruan Allah di dalam Al Quran.

Maka 'jihad'lah yaang menjadi punca kemarahan
musuh-muuh Islam. Sebelum itu mereka tidak begitu
gentar terhadap dakwah Imam Al Banna.

Dakwah yang dilakukan oleh beliau di Mesir adalah
dakwah yang penuh dengan hikmah; mengajak manusia
kembali kepada Allah, melaksanakan perintah Allah
dan meninggalkan larangannya. Hasan Al Banna tidak
pernah mengkafirkan sesiapa sesuka hati. Tidak
pernah mengarahkan sesiapa melakukan pembunuhan ke
atas pemimpin-pemimpin tertentu dan tidak pernah
merancang untuk menggulingkan kerajaan secara
kekerasan.

Dakwah sebegini lazimnya tidak mengundang sebarang
tindakan negatif pihak musuh. Tetapi sebaik sahaja
melihat kejayaan beliau mengajak umat Islam Mesir
menyerti peperangan terhadap penjajah Israel di bumi
Palestin, maka musuh-musuh Islam merasa gerun.

Mereka bimbang, orang yang mampu mempengaruhi orang
ramai ini akan menumbangkan kuasa mereka suatu hari
kelak. Peritiwa ini seakan-akan sama dengan
peristiwa Singapura diserang todak. Budak yang
berjaya menyelamatkan Singapura daripada diserang
todak itu akhirnya dibunuh kerana dibimbangi
kepintarannya itu akan menyebabkan kuasa raja
tumbang suatu hari kelak.

JASA 1948

Betapa besarnya jasa Imam Al Banna dalam
menggerakkan umat Islam berjihad menentang Yahudi!
Dalam keadaan umat Islam terlena dibuai mimpi-mimpi
indah, beliau menyedarkan mereka supaya bangkit dan
menghalau penjajah di Baitul Maqdis.

Mereka bangkit dan berada di barisan hadapan daripda
pasukan tentera Mesir ketika itu. Dengan semangat
jihad yang kental yang ditanam oleh Imam Al Banna
mereka melangkah gagah dan hampir setiap pertempuran
menyaksikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Ketika mereka sudah berada dipinggir Tel Aviv,
kerajaan Mesir memanggil pulang. Dan apabila pulang,
mereka dapati pemimpin mereka, Imam Al Banna telah
dibunuh dengan kejam.
Bahkan mereka yang pulang itu pula ditangkap dan
dipenjarakan.    inilah antara kisah hassan al-banna...      

No Responses to “Hassan AL-Banna….kau pejuang yang unggul..”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: