Ainul Mardhiah89's Blog
Just another WordPress.com weblog

Jgn Menipu Allah dengan Tudung..

meh ana copy paste yg nih… sila baca…

Jangan menipu Allah dengan tudung

Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yang
bertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa
menghadapi cabaran yang besar kerana sering menjadi
bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstreem,
sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang
mengatakan itu fesyen ala Arab padang pasir. Kita
tidak pelik hal begini boleh terjadi.

Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup
aurat sehingga mereka tidak dapat menerima, malah
memandang serong terhadap syariat menutup aurat.

Berkat kesabaran wanita-wanita yang bertudung diwaktu
itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham
bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi
tuntutan syariat. Seperkara yang menarik di waktu itu,
apabila seseorang wanita itu bertudung, maka akan
nampak beza tingkah lakunya berbanding dengan wanita
yang tidak menutup aurat dan peribadinya sendiri
sebelum memakai tudung.

Kalau dahulu dia senang bergaul bebas dengan lelaki,
tetapi bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula
ditundukkan, bercakap dengan lelaki pun jarang sekali,
tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yang ada
percampuran bebas lelaki dan perempuan, tidak suka
berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung untuk
mendalami ilmu-ilmu Islam, suka untuk beribadah,
akhlak dan tutur katanya menjadi semakin lembut dan
lunak. Suka menolong orang, bibir sentiasa menguntum
senyum sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu
kesusahan orang lain, sudah benci kepada kemewahan
dunia, tahan diuji dan sentiasa mencari-cari peluang
untuk mengajak masyarakat wanita yang lainnya agar
sama-sama menutup aurat.

Lantaran berbezanya mereka dengan wanita yang lain,
maka orang pandang tinggi kepada wanita yang
bertudung, walaupun masih ramai yang tidak suka kepada
mereka. Waktu itu, kalau wanita sudah sanggup
bertudung, ertinya di dalam dadanya sudah ada sedikit
sebanyak ilmu- ilmu agama. Sekurang-kurangnya dia
sudah hafal dalil-dalil Al Quran dan hadith mengenai
hal penutupan aurat.Ini disebabkan mereka sering
dihujani dengan berbagai pertanyaan mengenai apa yang
mereka buat. Untuk menjawapnya, mereka sudah bersedia
memberi jawapan yang sesuai dengan nas Al Quran dan
hadith untuk menyakinkan orang ramai. Oleh sebab itu
orang ramai memandang tinggi kepada mereka.

Di awal 90 an, bilangan orang bertudung semakin ramai.
Di mana- mana sahaja kita boleh bersua dengan wanita
yang bertudung. Sama ada di kilang-kilang, di sekolah,
di stesen bas, di pejabat, di universiti dan di
politeknik malah beberapa pengacara televisyen dan
radio pun sudah memakai tudung. Tetapi yang
menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan
ditemui di taman-taman bunga, di tempat- tempat
hiburan, berpegangan tangan dengan teman lelaki,
dipanggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung
bersih mukanya daripada calaran alat-alat make up,
tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita
bertudung berpeleseran dengan teman lelaki di
tempat-tempat sedemikian. Tudung berwarna warni
mengikut fesyen sesuai dengan aliran zaman dan fesyen
baju. Kadang-kadang pakai tudung pun tidak sempurna
mengikut syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh.
Antara hendak tutup dan hendak buka. Akhlak dan tutur
katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk daripada
mereka yang tidak memakai tudung atau buka aurat.

Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej
wanita bertudung telah tercemar dengan wanita-wanita
yang menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa
pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila
wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke
panggung wayang, malu untuk berasmara, malu untuk ke
tempat hiburan dan sebagainya. Tetapi kini tudung
sudah tidak mempunyai peranan untuk mencegah manusia
dari terjerumus ke dalam lembah maksiat.

Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi,
maka jelaslah wanita- wanita yang bertudung pada hari
ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian
tudung. Ramai wanita yang memakai tudung pada hari ini
kerana terikut-ikut dengan suasana. Mereka lihat adik
beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah
ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana
mereka sahaja yang masih tidak bertudung. Lantaran itu
mereka mengambil keputusan untuk memakai tudung,
walaupun hati tidak berapa menyetujuinya. Kini
masyarakat telah menerima wanita yang pakai tudung.
Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yang
hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang
hendak dikahwininya mestilah bertudung.

Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai
tudung lebih cantik dan manis, mereka pun hendak
memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa
mesti pakai tudung. Ada juga yang terpaksa memakai
tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yang
mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai,
sekejap buka.Lantaran itulah nilai orang yang
bertudung pada hari ini sudah menurun. Sudah tidak
semahal wanita yang bertudung awal-awal dahulu. Hanya
wanita yang berpurdah yang belum kelihatan
berjalan-jalan di taman bunga atau di tempat-tempat
hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama dengan wanita
yang bertudung dengan wanita yang memakai tudung
diperingkat awal dahulu. Sesuatu amalan yang dilakukan
kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa
yang mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang
hasilnya. Sesuatu yang di buat bukan dari hati yang
ikhlas, walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong.
Tiada nilai di sisi Allah.

Wanita yang pakai tudung selain daripada keinginan
untuk menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dengan
Allah walaupun di di dunia mereka berjaya membohongi
mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup
aurat. Tetapi di akhirat nanti, niat sebenar dan apa
yang ada di dalam hati mereka akan diselongkar dan di
dedahkan oleh Allah dipadang Mahsyar di hadapan
jutaan umat manusia.

Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat :
” Ya Rasulullah Dengan apakah mencapai keselamatan
kelak ?”
Jawab Nabi s.a.w : “Jangan menipu Allah.”
Orang itu bertanya lagi : ” Bagaimana menipu Allah ?”
Jawab baginda ” Iaitu mengerjakan apa yang
diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah.”

Di samping tiada niat untuk menutup aurat dengan
bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yang berniat
untuk menutup aurat dengan tudung tetapi tudungnya
berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau
pun tudung yang dipakainya tidak memenuhi syarat
menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak
pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna
menutup aurat, malah semakin berdosa kalau dengan
memakai tudung yang berfesyen itu menyebabkan lelaki
jatuh hati. Dikala itu tudung bukan menjadi alat untuk
menutup aurat, tetapi menjadi alat untuk berhias.

Wanita begini bukan mendapat pahala dengan menutup
aurat tetapi mendapat dosa.
Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi
kerana mengikut masyarakat dan peredaran zaman.
Sementara yang mengamalkan syariat kerana pengaruh
sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi
dia berada di dalam suasana begitu. Tetapi bila dia
terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak
mampu bertahan dan turut hanyut dengan masyarakat di
sekitarnya. Ujian yang sedikit sahaja mampu
menggoyangkan imannya. Oleh itu kalau hendak mendapat
keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu
dengan apa yang dilakukannya. Jesteru itu menuntut
ilmu adalah perkara yang utama sebagai penyuluh
ibadah.

Di samping ada ilmu, amalan yang dilakukan hendaklah
diniatkan kerana Allah bukan kerana yang lain dari
itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kita dan
mempunyai kefahaman yang mendalam agar kita tidak
mudah tergugat apabila datang ujian, betul di dalam
tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.

Nota: Renung-renungkanlah wahai wanita yang berada di
luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut
fesyen semata-mata…

No Responses to “Jgn Menipu Allah dengan Tudung..”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: