Ainul Mardhiah89's Blog
Just another WordPress.com weblog

KehidupAN yaNg Sementara..kesyukuran tak terhingga..

islamic picture2

Bismillahirrahmanirrahim….

Alhamdulillah,kesyukuran yang tidak terhingga ku panjatkan pada Rabbul Izzati,pencipta sekalian alam kerana pada hari ini aku masih hidup,masih dapat menghirup udara kurniaan Illahi..aku bersyukur sgt2 kerana masih diberi nikmat utk hidup dlm islam dan iman kerana tanpa kedua-duanya,entah apa yang terjadi pada diriku sekarang…Memang patut kita panjatkan kesyukuran ini sebagai tanda terima kasih kita pada Allah swt yang telah meminjamkan segala benda yang terdapat pada diri kita kerana pinjaman yang Allah berikan ini tidak ternilai dan tidak mampu untuk kita miliki tanpa izinNya.Kita juga tidak tahu bilakah pinjaman kehidupan kita ini akan diambil olehNya semula…

Pernah tak kita dengar ungkapan”jodoh pertemuan,ajal maut,semuanya di Tangan Tuhan”Ya,sudah semestinya kita seringkali mendengar ungkapan ini dari orang-orang yang lebih tua dari kita bahkan kanak-kanak pun sudah pandai menyebutnya.Apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan sedemikian??adakah Allah memegang jodoh kita?Tangan Tuhan di sini sebenarnya bermaksud kekuasaan Allah swt.Hanya Allah yang mengetahui setiap apa yang berlaku,jodoh,dan ajal maut kerana semua ini telah ditentukan oleh Allah dan kita hanya mampu berdoa..Walaubagaimanapun,kita tidak boleh terus pasrah atau bertawakkal semata-mata,bahkan kita sepatutnya berusaha untuk mendapat yang terbaik di samping berdoa kerana doa adalah senjata orang-orang mukmin..

Di sini,sebenarnya aku nak ceritakan bahawa betapa bersyukurnya aku kepada Allah kerana selama ini aku diberi kesihatan yang baik.Ya,semua orang pasti akan mengatakan bahawa mereka nak jadi sihat,tidak ada penyakit,kerana dengan kesihatan yang baik inilah,mereka dapat meneruskan kehidupan dengan baik tanpa gangguan kesihatan dan sebagainya..

Selama ini,aku tidak sedar bahawa peritnya kehidupan seseorang yang tidak sihat yang berpenyakit dan tidak dapat menjalani kehidupan dengan sempurna…kerana selama mana aku sihat,aku tidak dapat merasakan bahawa deritanya mereka yang sakit…betullah kata pepatah Melayu yang mengatakan bahawa orang yang mengalami sesuatu perkara sahaja dapat merasakan apa yang mereka alami walaupun perkara tersebut dikongsi bersama orang lain..

Tanpa ku sedari,sebenarnya setelah aku datang ke ukm ini,banyak perkara terpaksa aku hadapi …inilah lumrah kehidupan,semakin bertambah usia,semakin banyak cabaran yang terpaksa dipikul.Aku percaya, setiap kesusahan yang Allah berikan padaku sebenarnya tanda sayangnya Allah padaku.

Mungkin tiada siapa yang mengetahui keadaan diriku yang sebenar walaupun sahabat baikku sendiri..raihan..peqa..Sejak bulan lapan lagi,aku dah rasakan ada perubahan dalam diriku..perubahan ape ni???jangan fikir yang bukan2..sebenarnya aku dah banyak kali jatuh sakit,,,pada mulanya,aku sakit dada…aku ingat lagi pada suatu pagi,tak salahku pada jam 3 pagi,,,aku sesak nafas…rasa macam nak mati jer..Hanya Allah yang tahu keadaan diriku pada masa itu..ketika itu,aku tak kejutkan sape2,,termasuklah roomateku sendiri,peqa..namun,mujurlah aku dapat tido jugak akhirnya..keesokan pagi,aku bergegas ke pusat kesihatan..aku diperiksa oleh seorang doktor india muslim.kata doktor,,aku hanya stress..terkejut jugak aku stlh doctor kata camtu…coz setahu aku,aku xdela stress sampai sesak nafas camtu..huhu..slps itu,aku amik mc,tidak hadir ke kelas akhlak tasawuf…hoho..igt lagi,,msh segar lagi dlm ingatan ku sebenarnya..first time aku ponteng kelas..hehe,,lucu plk rasenyer…tapi ni bukan main2,slps aku balik dari pusat kesihatan tu,aku memang benar2 x larat,rase lelah mase jalan naik bukit..huhu…pengalaman..

Peristiwa tadi sebenarnya kali kedua aku sakit,,coz aku terase sakit pd mlm tu lagi,slps balik dari silat..rase ketat dalam dada..slps tu la melarat sampai pagi..nak sambung cerita tadi,,rase lucu jgk kalu nk refresh kembali..hehe..Pada malam tu,,time aku sakit,,aku sempat call mak aku..aku bgtau kat dia yang aku rase ketat dalam dada,x dpt nk bernafas cam biasa…ms aku balik silat lagi,time naik bukit aku rse demikian,,,rase mcm nk pengsan jer..ms tu aku x bgtaw kt kwn2 aku yg aku sakit..okla,kita smbg citer tadi,mak aku terkejut jgk time aku citer yg aku sakit sbb mak aku takut aku dijangkiti virus H1N1 sbb mase aku kena tu,kebetulan musim virus h1n1 merebak..Oleh sebab itulah,mak aku suh aku pergi buat pemeriksaan kat pusat kesihatan…alhamdulillah,aku x dijangkiti ape2 virus,,yg doctor cakap aku just stress.aku ingt lagi,,rehan tergelakkan aku lepas aku citer benda ni..huhu… nak berjaga-jaga..amik rawatan segera katekan…

Tadi kisah pertama x silap la..hehe,,banyak sgt citer..hoho.peristiwa tadi berulang kembali ms bulan sembilan..suatu petang rasenyer dalam pukul 4 lebih hari minggu,,aku rase sesak nafas lagi..ni lagi teruk,,aku rase cam tak boleh bangun…tubuh badanku jadi sejuk,,peluh dingin..kedua-dua tanganku jadi pucat putih..kalau nak ingt semula,memang nak mati rasenyer..mase x bole bangun tu jgk la,,aku rase mcm ade batu besar yang berat menghempap dadaku..Ya Allah,,,sakitnya diriku waktu tu..aku x boleh buat ape2 ..hanya berserah pada Allah..sambil berzikir…rase beban yang berat tu menjalar ke seluruh dadaku sehingga ke bahagian tengkuk..ya Allah,adakah aku dah nak mati…aku menangis sendirian…aku takut nak mati,bnyk lagi amalan yg aku x buat,,puasa ganti tak habis lagi,,mase tu banyak aku fikir dan muhasabah diri….time tu,rumateku x ade…..sedih rasenyer lau ingt kembali..Hanya Allah yang tahu keadaan aku pada masa tu..huhu…mungkin itu adalah petanda yang ajalku semakin dekat..tapi kita x boleh nak buat andaian sebegitu,,sebab ade orang mati dlm keadaan sihat walafiat…walau ape pom aku sentiasa berdoa pada Allah ,,supaya Allah sembuhkan penyakitku ini…aku nk hidup lagi,,jodoh aku pom x taw lagi,,aku x habis bljr lagi,,sape nak tolong mak ayahku kat kampung kalau bukan aku????….

Kali ke berapa x tawla,aku sakit lagi..kali ni aku pergi ke pusat kesihatan ukm..mujurlah dekat..setelah dibuat pemeriksaan dengan doctor,,doctor ade tanya aku,,ade x ahli keluarga kamu sakit jantung??aku terkejut dengan persoalan tu,,, ak cakapla xde pom..selepas tu,doctor india muslim tu tulis benda kat kertas dan bagi kat aku,,then,dia suh aku pergi buat pemeriksaan jantung..Ya Allah,,tulomlah aku,aku x mahu ade penyakit merbahaya tu..mase tu jgklah aku byk brfikir…ni la first time aku buat pemeriksaan jantung,,,malu x terhingga…huhu,biarlah rahsia mse buat pemeriksaan tu,aku byk berdoa,,..jururawat yang buat ujian kat aku tu ckp yg penafasan aku laju…pstu jantungku normal..al-hamdulillah..aku meraup muka ku..Slps itu,,aku kena jumpe doctor tadi..doctor tadi dengan tegas suh aku jaga kesihatan,jgn stress,,sbb stressla punca aku sakit dada..huhu…wallahu’alam..Semua yang aku ceritakan ini adalah benar dan tidak ade kena -mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada.

islamic picture

14 oktober 2009,hari rabu….Pada tarikh ini jugakla aku pergi buat pemeriksaan kat klinik Bangi bersama abang dan kakak iparku.Aku ke sana coz dah seminggu aku x sihat,lelah..sesak nafas..gastrik..Ya Allah macam2,rasenyer penyakit yang ada dalam diriku.Aku tahu semua ini ujian Allah kepadaku untuk melihat kesabaran dan mengampuni dosa- dosaku..insyaAllah,semoga Allah mengampuni dosa-dosaku selama ini.

Nak dijadikan cerita,time nak pergi ke klinik tu,bukan main amik masa…hehe..yerla tak jumpe jalan..sesat sebentar..oleh kerana abangku mempunyai ramai member kat sini,dia terus menelefon kawannya .Mujurlah kawannya tahu selok belok jalan kat bangi n then tahu kat mana letaknya klinik tu.Setelah sampai di klinik Bangi yang aku rase memang tak sepatutnye lokasi dia betul-betul dalam pedalaman,kami bertiga terus masuk ke klinik tersebut.Sebelum aku smpai kat klinik itu,aku sangka klinik yang aku nak pergi,kecil sesuai dalam pedalaman,tapi memang sangkaanku salah,klinik bangi bukan main besar macam hospital pulak kalu dibayangkan semula.hehe..okla,disebabkan first time pergi klinik itu,aku kenala berdaftar sebagai pesakit baru.Mase berdaftar ni,lucu jugak kalau nak diceritakan…hoho..selepas aku mengisi borang pendaftaran,aku ingatkan kena pegang borang itu n bawak masuk dalam bilik pemeriksaan,x tawla pulak kena bagi semula kat kaunter pendaftaran..yang lucunya,pegawai pendaftar tadi memanggil aku dengan kuat….”CAM SINDIR”ingat lagi,dia cakap,”x mahu hntr ke borang tu”…huhu..mujurlah orang x ramai sangat kat bahagian pendaftaran.Abangku menyuruhku supaya menghantar borang tadi..haha..malu jgk dibuatnyer..

Toco Toucan

28 haribulan oktober 2009 bersamaan hari rabu…ai ni x exam..alhamdulillah dh lepas 2 paper.yang membuatkan aku kecut perut kalau aku ingt xm tu…Ya Allah,,aku dpt berape la exm result..Tulomla aku Ya Allah..berilah aku n sahabat-sahabatku kecemerlangan dalam akademik n sahsiah..ameen..nak tak sambung citer lepas…biarlah rahsia..huhu..sedey plk lau teringat..yerla mna x sdey kalau doctor bgtw kite ade positv penyakit…..huhu..aku ingt lagi doctor tu ckp,,kamu dtgla klinik ni plk 3 minggu lps ni amik result darah..berderau darahku bila doktor ckp yg aku kemungkinan positive tiroid desease..ya Allah..tulomlah hambamu yang lemah ini..aku x sgka yg aku akn ade penyakit sedemikian..

tu kisah yg lepas..cmna plk hari ini..dah berape hari aku sakit..lelah..kdg2 aku x boleh nak fokus time study..dh la nk exm..Ya Allah,,betapa berat ku rasakan ujianMu ini Ya Allah..time aku amik xm lepas,yg 2 paper tu,,dlm dewan..aku msh rase skit..skit dada,,sesak nafas..aku cume bertahan n buat x taw jer..pd shbt2ku jg aku x ckp…kalau aku ckp pom,boleh buat ape kn…hari ni jgk aku ade surfing internet,nk tgk tanda2 penyakit asma,n jantung..takot2 ape yg aku rasekn ni same dgn dlm internet tu..sebenarnyer nk diceritakan ,,aku taw apade penyakitku sebenarnya..result darah x amik lagi..mak aku ckp aku ni gastrik kuat smpai angin dlm perut aku ni naik ke dada..mslhnyer,,ms aku sakit dada,aku xdela skit sgt perut..kadang2 jer la..yg aku bimbg skali,time aku sakit,,kuku tgnku biru..aku pernah bgtw mak,,mak bilang yg aku ni cume sejuk biasa jer,,,”aku taw sebenarnyer mak nak sejukkan hatiku supaya aku ni x fikir negativ”

Ya Allah,,sembuhkanlah penyakitku ini…hambaMu ini x mampu utk menanggungnya sendirian..aku taw setiap ujian yg Allah berikan kpdku sebenarnya utk mghilgkn dosa2ku yg byk sgt..huhu..aku redha dgn ketentuanMu ya Allah..

Nak citer jgk kt cni ms aku sakit kuat..byk kali jgk..ade ketika tu,,aku ade fikir yg ajalku dh hmpir…aku psrahhkan pd Illahi jika benar ajalku dh hmpir,,aku redha..walaupun aku taw byk lg amalan yg aku x buat..byk lagi dosa yg aku tanggung…tapi aku takut nk hadapi saat2 kematian…Ya Allah..tulomlah aku..aku x mahu mati lagi.

.byk hikmah  yg Allah berikan kpdku di sebalik penyakit yg ade pd diriku ini..sabar,,,muhasabah diri…mati..ya,,penyakit yg ade pada diriku ini byk mengingatkan aku pasal kematian..dan ingat pada mati inilah yg membuatkan aku byk muhasabah diri…

muslimahinvector-1

One Response to “KehidupAN yaNg Sementara..kesyukuran tak terhingga..”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: