Ainul Mardhiah89's Blog
Just another WordPress.com weblog

Nov
07

KEDAI ROTI…

Akob begitu asyik menonton perlawanan bola sepak di depan kaca tv..Tiba-tiba isterinya terus masuk..”bang2 lampu di halamn rumah dah terbakar,tolong ganti ang baru yer..”

“Pasang lampu???Kamu ingat saya ni TNB ke?jawab Akob..

Kalau abang tak mahu tukar lampu,abang tolong betulkan paip air sebabairnya dah tak boleh keluar”minta isteri Akob lagi.Betulkan paip??kamu ingat saya nie JABATAN BEKALAN AIR ke??jawab Akob mengelak..

”Kalau abang tak mahu buat x apalah.tapi kalau abang ke kedai nanti,jangan lupa,tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas.Kata isteri Akob

“Minta maaf bebanyak sebab saya tak kerja kat PETRONAS”jawab Akob dengan sinis..

Kerana merasa terganggu,Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bola sepak.Kira-kira jam 2 pagi,Akob pun pulang ke rumah.Akob menjadi hairan kerana mndapati lampu lampu di halaman rumah terang -benderang.Akob terus ke bilik air,dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi..Apabila ke dapur,Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya isterinya..”awak minta tolong daripada siapa??”

Begini bang ,setelah abang keluar dari rumah semalam,saya menangis di halaman rumah.Tiba-tiba datang seorang lelaki sedang melintas di hadapan rumah kita,bertanya kenapa saya menangis.saa ceritakan segala-gala kepadanya.Dengan rela hati dia menolong saya tetapi dengan bersyarat”

“apa syaratnya?”Akob bertanya ingin tahu..

“Syaratnya buatkan dia roti atau tidur dengannya”

”Jadi awak buat roti apa untuk dia?”tanya Akob

“Buat roti!!!!Awak pikir saya ni kedai roti ke???

Kelakar-kelakar jugak…tapi boleh dijadikan peringatan…jangan terlalu ikutkan nafsu..

 

Budak kecil, lelaki tua dan cokelat

Seorang lelaki tua sedang berehat di bangku taman bunga. Datang seorang budak kecil duduk disebelah. Si budak mengeluarkan cokelat dari poket lalu menjamahnya. Habis satu, dia mula lagi satu. Dan lagi. Dan lagi. Si tua memerhatikan sekian lama. Apabila budak kecil mula hendak makan cokelat yang ke-10, dia mencelah, “Nak, pakcik nak bagi nasihat sikit” Budak kecil melihat sambil mendiamkan diri. “Kalau makan banyak sangat makanan ringan, tak elok untuk kesihatan dan gigi rosak!” Si budak berkata,”Datuk saya ada nasihat juga.” “Dia pun kata jangan makan makanan ringan?” “Tak. Dia kata JANGAN MASUK CAMPUR HAL ORANG LAIN

 

sembahyang

pada suatu hari jumaat yang hening amat naik bas ke masjid untuk menunnaikan sembahyang jumaat. mat Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat dah pon makan tengahari di rumah.adapon,perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya. Amat pon membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu. lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping.Amat pon ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya. sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pon penuh adanya. setelah azan berkumandang, pak imam pon mengimamkan solat Zohor berjemaah itu. Amat pon menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaaah rukuk termasuk Amat sekali…tiba2 duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul2 jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas2 terik tu..amat pon berbisik kepada orang dihadapannya… Amat: “jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti..” .. lalu orang itupun menjawab..”alah,setakat 50 sen aku x heran la,tader sape nak ambik duit kau tu”. lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang pon berkata…” eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap”.. selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara ” yang kau bercakap tu aper “…. sahlah..sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen. MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal2 dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa.

 

Diam Ketika Makan

Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama. Anak : “Ayah, di…”
Ayah : “Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!”Setelah selesai makan…
Ayah : “Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?”
Anak : “Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulatnya!”

 

 

Nov
07

Sahabatku..jalan ini bukan mudah..


Sahabat..

Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.

Sahabatku yang sangat aku cintai..

Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.


Sahabat..

Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!

Amanah ini untuk kita,sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.


Sahabat…

Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku yakin,kerna kau sahabatku.

Sahabatku yang dikasihi..

Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.

Sungguh aku bersama mu.

Tulus,

Sahabatmu tercinta

Oct
28


MyCartopia.com Click here to get one

MUHASABAH DIRI…

Muhasabah adalah perilaku bagi mengitung dan memperelokkan diri yang terbentuk di dalam jiwa seseorang manusia itu menurut kaca mata agama. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai mendidik diri agar sentiasa mencela segala kejahatan yang pernah dilakukan yang boleh menjadi pengalang untuk mandapat keredhaan dari Allah Taala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang menikut hawa nafsunya serta beragan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak). (Riwayat al-Tarmizi).

Sesiapa yang bermuhasabah dirinya maka dia tidak akan meninggalkan ruang dan masa untuk dirinya melakukan perkara-perkara yang batil. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Dia akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang yang dia lakukannya terhadap Allah Taala kerana takutnya diri ini kepada kekuasaanNya. Jika inilah keadaannya maka mana mungkin boleh didapati jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan?

Berkata as-Sayyid Ahmad ar-Rifaie:

Daripada takut akan timbulnya muhasabah. Daripada muhasabah timbulnya muraqabah. Daripada muraqabah hati akan sentiasa sibuk bersama Allah Taala. (Kitab: al-Burhan al-Muayyad).


Secara tegasnya muhasabah pasti akan menghasilkan perasaan bertanggungjawab terhadap Allah Taala dan rasulNya serta makhluk-makhlukNya. Melalui muhasabah juga manusia merasa diri mereka tidak diciptakan oleh Allah Taala dengan sia-sia. Setiap manusia pasti akan kembali semula kepada Allah Taala apabila telah sampai waktunya.

Firman Allah Taala bermaksud:

Setiap yang berjiwa (yang bernyawa) akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga ia telah beruntung. Kehidupan dunai itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Surah ali-Imran: Ayat 185).

Di dalam kesibukkan kita mengejar kekayaan dunia ini maka janganlah lupa juga untuk kita menyibukkan diri dengan mengingati Allah Taala. Perkara seperti inilah yang selalu dituntut oleh agama Islam.

Firman Allah Taala bermaksud:

Maka segeralah kembali kepada Allah maka sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu. (Surah adz-Dzaariyaat: Ayat 50).

Firman Allah Taala bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang yang benar. (Surah at-Taubah: Ayat 119).

Adapun golongan sufi sentiasa menyibukkan diri dengan penghambaan dan pengabdian diri kepada Allah Taala. Mereka beriman di dalam perjalanan musafir ini menuju Allah Taala dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Hati mereka sentiasa mengingati bahawa mereka akan kembali kepada Allah Taala pada setiap masa.

Firman Allah Taala bermaksud:

Di tempat yang disenangi (penuh kebahagiaan) di sisi tuhan (Allah Taala) Maha Kuasa. (surah al-Qamar: Ayat 55).

Berkata Syeikh Ahmad Zarruq:

Lalai dari bermuhasabah diri menyebabkan apa yang dilakukan menjadi silap. Kurang berbincang dengannya boleh membawa kepada adanya sifat redha nafsu atau rasa berpuas hati terhadapnya. Memerangi nafsu boleh menjauhkan daripada melekat pada diri dan tidak bersikap tegas terhadapnya menyebabkan dia menjadi pahlawan. Oleh itu lazimilah diri dengan sentiasa bermuhasabah dan berbincang serta beramallah dengan apa yang sahih tanpa bertolak-ansur terhadap perkara yang telah nyata salah. Ketika beramal jangan mencari sesuatu yang tidak jelas. (Kitab: Qawaid al-Tasawuf).

Demikianlah pentingnya muhasabah di dalam diri setiap individu. Tanpa muhasabah yang ikhlas maka seseorang itu akan sentiasa berasa diri tidak pernah melakukan kesalahan. Bermuhasabahlah diri dengan hati yang terbuka agar kita boleh memperbaiki kebatilan dan kelamahan diri sebelum diri kita menemui ajal.

Berkata Saidina Umar al-Khattab:

Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang. (Kitab: Tahzib Madarij al-Salikin).

——————–

*buluh merupakan ‘nickname’ bagi salah seorang moderator agama iLuvislam.com, Ustaz Rashidi Abdul Wahab. Beliau aktif menulis di blog beliau, http://buluh.iluvislam.com. Pelbagai artikel tulisan beliau telah diterbitkan dalam akhbar seperti Berita Harian.

 

Oct
28

sAPE nak kenal ana …nama diberi nurul akma …sain2 klate panggil kma jer…hehe..mcm2 la..allhamdulillah boleh masuk u jgk akhirnyer..hehe..sebenarnyer x sgka plop boleh masuk u..ni la org kata rezeki Allah..syukur sgt2..pastu boleh amik bidang pendidikan plop..insyaAllah terjamin mase depan..ameen..pada sahabat2 sekalian x kira dmana brade..ikhlaskan niat kita walau ape urusan yg kita buat..biarlah penat lelah dan usaha kita selama ini ade nilainya di sisi Allah..slmt berjuang buat sahabat2 sekalian…

Oct
27

muslimahinvector-1
PEMUDA SOLEH…

Ada seorang pemuda soleh yang sangat patuh kepada perintah agamanya dan sentiasa menjaga diri daripada segala rupa maksiat dan keburukan,sehingga pada suatu malam terlintas di dalam hatinya hendak berzina dengan seorang gadis jelita kerana terpesona dengan kejelitaannya.

Kebetulan pada ketika itu, disampingnya ada sebuah pelita yang sedang baru dinyalakan untuk menerangi rumah pemuda soleh itu. Maka dia pun terus menajamkan pandangannya kepada api yang sedang bernyala-nyala pada sumbu pelita itu. Kemudian dia berbisik pada dirinya sendiri:

”Engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dengan wanita itu? Baiklah, aku akan letakkan jariku ini di atas sumbu pelita yang menyala itu. Kiranya ia tahu panasnya, nescaya aku akan turutkan kemahuanmu itu.”

Maka pemuda soleh itu pun meletakkan jarinya di atas sumbu tadi. Dan dia cuba menahan diri daripada kepanasannya, sehingga hampir-hampir nyawanya akan tercabut kerana tidak tahan panas yang dideritanya itu. Lalu dia berteriak:

”Wahai diriku,tahniahlah engkau! Rupanya engkau tidak tahan,padahal api dunia itu tersangatlah sejuk berbanding api neraka. Kalau hanya menghadapi api dunia, engkau sudah tidak tahan,apatah lagi menghadapi api neraka yang panasnya berkali-kali ganda lebih dasyat dari api dunia ini.”

Lalu orang soleh itu pun berpaling daripada niatnya yang mula-mula tadi. Sejak peristiwa itu hatinya tidak pernah diganggu lagi oleh lintasan buruk seperti itu.



Surah An-nisa,ayat 31:

“Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga).”

Surah Al-Israak,ayat 32:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”

Oct
20

Wanita Solehah
Penghibur Hati
Wanita solehah
Sentiasa tenang jiwanya

Lantaran sentiasa membesarkan Allah di dalam solatnya
Dan Sunnah Rasulullah menjadi jalan hidupnya
Kalamullah adalah akhbar dan hiburan
Janji-janji Allah adalah jaminan ketenangan

Sumber jiwanya beroleh kekuatan
Agar sabar merintangi musibah
Istiqamah dalam mujahaddah
Berteguh menjunjung hukum-hakam Allah

Jiwanya damai, tidak mudah bergoncang
Ujian hidup baginya fitrah;
Sebagai mehnah, didikan terus dari Allah
Salah satu antara dua :
tanda kasih sayang Allah atau penghapusan dosa yang meningkatkan iman

Berwaspada dengan firman Allah :
” Barangsiapa yang tidak rela terhadap takdir Ku tidak sabar terhadap
cubaan Ku dan tidak syukur terhadap nikmat pemberian Ku, maka carilah Tuhan selain Aku”

Berkhalwah pasrah di hujung malam munajatnya adalah bicara cinta
Rintihan dan pengaduan adalah bait puitis
Tidak pernah merelakan dirinya hanyut dibuai perasaan
Gelodak rasanya tidak mudah dituruti

Dia insaf
Hiburan yang tidak membimbing jiwa ke arah cinta ketuhanan
Adalah pembohongan dan sia-sia
Ketenangan yang diilhamkan hanyalah sementara
Sentuhan iramanya tidakkan mampu memecahkan masalah
Gemerlap sinarnya tidakkan menyuluh jalan keluar
Bahkan jiwanya yang sakit akan semakin parah
Tusukan asyiknya adalah jarum-jarum syaitan
Matahati akan buta, kaburlah hikmah yang tersirat
Tidakkan nampak jalan akhirat
Inilah yang ditakuti dan sentiasa diawasinya !!


Maka kepada Allah lah dipanjatkan segala pengaduan dan Dia-lah sebaik-baik tempat pergantungan.
Seperti yang dinukilkan dalam firman Allah :
“Apabila ditimpa musibah , mereka mengucapkan; Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari
Tuhannnya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”
(Al-Baqarah : 156-157 )

Inilah wanita solehah
yang tidak akan membiarkan dirinya
menjadi busar panahan syaitan
diperalatkan untuk mengumpan kaum Adam

Memandangnya menyejukkan mata
Dirinya yang tenteram memberikan hiburan
Kiranya ia seorang isteri
keperibadiannya akan menghibur suami

Seperti yang diungkap oleh pujanga sufi
” Rumahtangga menjadi gelanggang dan kebanggaan
Anak-anak menjadi murid
Dialah mursyidnya
Harta suami dijaga dengan sempurna
Dilepaskan suami berjuang dengan rela dan bangga
Dirumah dan diluar
Maruahnya sentiasa dijaga
Sentiasa menguntum senyum
Dihadapan suami
Sanggup hidup berdua
Mati bersama
Lantaran mengharap keredhaan Allah semata-mata

Memadai dengan apa yang ada
Tidak pernah menuntut apa yang tiada
Menjadi tulang belakang perjuangan suami
Hingga suaminya terasa
Rumah itu syurga
Menjadi sumber kekuatan jiwa dalam menegakkan jihaddnya
Natijahnya : Lahirlah jiwa sakinnah bernafsu mutmaiinnah
Dan mendapat alu-aluan Allah :
“Kembalilah kepada Tuhan mu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya”
(Surah Al-Fajr : 27

wa’allahualam

ukhuwwah fillah

WANITA

Wanita yang aku KASIHI

Adalah pencinta Tuhannya

Yang mengalirkan cinta, takut dan harap

Yang menguasai perjalanan hidupnya

Setiap masa

Sehingga Dia memanggilnya

Wanita yang aku RINDUI

Adalah wanita yang diwajahnya

Terpancar sinar nur Ilahi

Lidahnya basah dengan zikrullah

Disudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah

Wanita yang aku CINTAI

Yang menahan pandangan dari panahan syaitan

Sentiasa menghidupkan sunnah nabi

Biarpun namanya tidak terkenal di bumi

Tetapi di langit, dia disanjung tinggi

Wanita yang aku SAYANGI

Bersyukur dengan apa yang ada

Yang bersabar dengan apa yang tiada

Cinta kepada hidup yang sederhana

Yang tidak bermata dunia

Wanita yang aku SUKAI

Adalah sejuk mata memandang

Dek terlihat keluhuran akhlaknya

Menjadi sumber ketenangan jiwa

Bila hati bergelora

Wanita yang aku IDAMI

Adalah yang mengingatkan hatiku

Kepada Ar-Rahman Ar-Rahim

Bila rohku melupai janji kepada Ilahi

Wanita yang aku SANJUNGI

Menjadi dian kepada dirinya sendiri

Menjadi pelita kepada bakal putera puteriku

Untuk meneruskan perjuangan di kemudian hari

Semoga…..

Wanita yang selalu berada dalam doaku

Adalah engkau….permaisuri hatiku


BIOGRAFI TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Ulama Dan Tokoh Politik Tanahair Yang Komited

Tenang, warak, penyabar dan pemurah adalah merupakan ciri-ciri utama yang terkandung di dalam peribadi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang ke-5.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama dan tokoh politik tanahair yang tidak asing lagi sejak lebih tiga dekad yang lalu. Tidak syak lagi, beliau adalah satu-satunya tokoh politik yang paling komited dan paling gigih memperjuangkan Islam sebagai ad-Deen yang perlu ditegakkan di negara ini.

Alhamdulillah, berkat kesabaran, kegigihan dan komitmennya yang total di dalam perjuangannya itu, akhirnya fajar kejayaannya sudah mula menyinsing di ufuk kenyataan hidup. Kelantan sudahpun dapat ditawannya. Berikutnya beliau telah dipilih untuk mengetuai kabinet Kerajaan Islam di negeri ini.

“Semacam ada persafahaman antara para malaikat di langit dan para pengundi di bumi,” kata Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ketika mengulas kemenangan PAS dan Angkatan di dalam pilihanraya umum yang baru lalu.

Selaku Menteri Besar, Tuan Guru Haji Nik Aziz telah membuktikan keupayaan dan kecekapan beliau memimpin kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah yang baru sahaja jatuh ke tangannya itu. Pelbagai saranan dan pembaharuan yang membina telah diperkenalkannya.

Beliau memotong gajinya sebanyak 40 peratus untuk Tabung Kewangan PAS Negeri Kelantan. Beliau enggan menerima elaun tahunan untuk menyediakan pelbagai juadah kerana menyambut hari raya. Beliau memberi amaran supaya para Exco, ADUN dan kakitangan kerajaan tidak melibatkan diri di dalam apa jua bentuk rasuah dan penyelewangan. Dan beliau mengambil pelbagai langkah lain lagi bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan Islamik.

Ketaralah, di sebalik tubuh yang kecil itu, terhimpun segala kekuatan dan keberanian yang boleh melemahkan pihak musuh, betapa pun kuat dan ramai bilangan mereka.

Ahli Parlimen Yang Komited
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Malangnya ucapan-ucapannya yang bernas dan panjang lebar itu telah tidak di beri liputan yang sewajarnya di dalam media massa – baik di dalam akhbar-akhbar utama mahupun di dalam media letronik seperti TV dan radio. Hal ini dapat difahami kerana hampir kesemua alat media massa yang penting di negara ini berada di bawah kawalan kerajaan Barisan Nasional.

Dikagumi Kawan Dan Lawan

Kemudian dalam pilihanraya umum yang berlangsung pada 21 Oktober lalu, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sekali lagi memenangi kerusi DUN Semut Api. Beliau mengalahkan calon BN, Haji Wan Muhammad Wan Yusof dengan mendapat kelebihan undi sebanyak 6,993. Suatu pencapaian yang paling tinggi sekali di kalangan para ADUN yang lain! Sekaligus membuktikan kewibawaan dan kepopularan beliau yang tidak boleh disangkal lagi!.

Selain dari menjadi Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz juga menjadi Ketua Dewan Ulama PAS Pusat. Beliau adalah satu-satunya tokoh ulama yang paling dihormati dan disegani , digeruni dan dikagumi baik oleh kawan mahupun oleh lawan.

Kini suasan politik di negeri Serambi Mekah ini kelihatan begitu tenang dan mantap. Rakyat merasa lebih bebas dan lebih selesa hidup di bawah pemerintahan Islam pimpinan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz. Mungkin juga berkat kepimpinan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz yang selama ini memang terkenal sebagai seorang ulama yang warak dan kuat beribadat.

Latarbelakang Keluarga Dan Pendidikan
Dilahirkan di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu pada tahun 1931, Tuan Guru Haji Abdul Aziz telah mempelajari ilmu agama sejak alam kanak-kanak lagi. Mula-mula beliau belajar dengan ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat, juga seorang guru agama dan ulama yang terkenal di kampungnya pada masa itu.

Kemudian Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz melanjutkan pula pengajian agamanya di pondok Tuan Guru Haji Abbas di Jertih, Terengganu. Selepas beberapa tahun mendalami ilmu agama dengan Tuan Guru Haji Abbas, beliau berangkat ke India untuk melanjutkan pengajiannya di sana pula.

Setelah tamat pengajiannya di India, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz berangkat pula ke Mesir. Di Mesir beliau memasuki Universiti Al-Azhar di dalam jurusan bahasa Arab. Setelah memperolehi ijazah Sarjana Muda di dalam Pengajian Arab, Tuan Guru Haji Nik Aziz meneruskan lagi pengajiannya di universiti yang sama di dalam jurusan perundangan Islam. Beliau lulus pengajiannya sehingga ke peringkat sarjana iaitu M.A. di bidang perundangan Islam.

Pulang Ke Tanahair
Setelah dadanya diisi dengan ilmu agama secara mendalam, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz kembali semula ke tanahair. Di tanahair beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang guru agama di sebuah sekolah agama rakyat di samping mengajar agama di kelas-kelas dewasa pada sebelah malamnya. Beberapa tahun kemudian beliau mengajar pula di Sekolah Arab Maahad Muhammadi Kota Bharu – sebuah sekolah menengah agama aliran Arab yang tertua dan terbesar di negeri Kelantan.

Dalam masa yang sama, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menceburkan dirinya di dalam kegiatan-kegiatan dakwah. Beliau menyampaikan ceramah-ceramah agama di pelbagai tempat khususnya di Masjid Kampung Pulau Melaka – kampung tempat beliau dilahir dan dibesarkan!.

Dari semasa ke semasa namanya semakin terkenal. Murid-muridnya semakin bertambah ramai. Imejnya sebagai seorang tokoh ulama yang disegani dan dikagumi ramai semakin menonjol. Pengaruhnya semakin meluas. Kewibawaaannya semakin mendapat pengiktirafan umum.

Ceburi Bidang Politik
Oleh kerana agama dan politik itu saling kait mengait dan tidak boleh dipisahkan, maka Tuan Guru akhirnya telah menceburkan dirinya di dalam kegiatan politik tanahair. Beliau memilih PAS oleh kerana parti itu memperjuangkan Islam dan bercita-cita untuk menegakkan sebuah pemerintahan Islam di negara ini.

Pembabitan beliau di dalam politik tanahair melalui PAS tidaklah pula sampai beliau mengabaikan penglibatannya di bidang dakwah dan pendidikan agama.

Mulai tahun 1967 Tuan Guru Haji Nik Abdul Azizl mula menyertai PAS. Dalam tahun yang sama beliau telah dipilih untuk bertanding dalam suatu pilihanraya kecil di Kelantan. Beliau menang di dalam pilihanraya kecil itu.

Sejak itu hampir setiap kali pilihanraya, beliau sentiasa memenangi kerusi Parlimen yang ditandinginya iaitu Kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Malah Pengkalan Chepa telah muncul sebagai kubu PAS dan sejak dahulu hingga sekarang kerusi Parlimen Pengkalan Chepa tidak pernah dapat ditawan oleh UMNO atau BN.

Mengetuai Dewan Ulama PAS Pusat
Memandang kepada ketokohan dan kewibawaannya sebagai seorang ulama, beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PAS untuk mengetuai Dewan Ulama PAS Pusat mulai akhir tahun 1960an.

Selaku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sering mengingatkan ahli-ahli PAS dan umat Islam di negara ini agar mematuhi kesemua ajaran Rasulullah SAW. Bukannya mengambil bahagian-bahagian tertentu dan membuang bahagian-bahagian yang lain yang dirasa bercanggah dengan kepentingan peribadi.

Alam Rumahtangga
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah mendirikan rumahtangga dengan Hajjah Tuan Sabariah binti Tuan Ishak kira-kira 30 tahun yang lalu. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak – 5 lelaki dan 5 perempuan. Salah seorang (yang sulung) daripada mereka – Noor Aini namanya – kini bertugas sebagai seorang pensyarah di sebuah Maktab Perguruan di Kuala Lumpur.

Kerajaan Misali
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak – dalam dan luar negeri – Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah – di Dewan Zulkifli Muhammad inilah – ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang mereka kasihi dan hormati itu.

Dengan kesungguhan, keberanian dan komitmen yang total, kita yakin kerajaan Angkatan di negeri Kelantan yang dipimpin oleh YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berjaya menegakkan sebuah kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah ini. Dan kerajaan Islam Serambi Mekah ini, insya Allah akan menjadi sebuah kerajaan Misali yang akan menjadi panduan dan rujukan kepada kerajaan-kerajaan negeri yang lain di negara ini khasnya dan kepada kerajaan-kerajaan Islam di luar dari negara ini amnya.

LOTFI ISMAIL

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT BIN RAJA BANJAR

Inilah susur galur salasilah asal usul keturunan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Berasal dari keturunan Raja Jembal dan salsilah keturunan Raja Jembal ini bermula daripada seorang kerabat diraja Kedah bernama Raja Bersiong yang telah singgah lalu kemudiannya terus menetap di Kedai Lalat kira-kira 10 kilometer dari Kota Baharu.

Walaupun pemerintahan Raja Jembal telah berakhir, namun kesan sejarahnya masih wujud dengan adanya makam Raja Loyor, makam Raja Omar dan makam Raja Bahar yang telah dibaiki dan dibina semula oleh pihak Muzium Negara dalam tahun 1970an. Makam-makam ini terletak di sekitar Kedai Lalat.

Siapa dia Nik Mat bin Raja Banjar?

Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat bin Raja Banjar, ayahanda kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ini, ialah seorang ulama yang terkenal pada zamannya dan almarhum juga dikenali sebagai Haji Nik Mat Alim.Ayahanda kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ini juga dikenali dengan gelaran ‘Haji Nik Mat Pongoh’ di kalangan penduduk sekitar Kedai Lalat dan Pulau Melaka. Gelaran ‘Pongoh’ itu diberi kerana almarhum dikatakan bersikap keras dan bengis terhadap anak-anak dan murid-muridnya.Ayah saya cerita, semua anak gadis yg tak bertudung dan anak muda berseluar pendek tak berani nak berjumpa dengan Tuan Guru Haji Nik Mat. Kalau yang perempuan dia akan mengamuk dan akan tarik rambut dan yang lelaki dia akan rotan sekuat hati.Siapa pula Raja Banjar….merupakan datuk kepada Nik Abdul Aziz…sikap dan perangainya amat berlainan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Haji Nik Mat. Raja Banjar merupakan seorang yg amat bengis dan gedebe serta tidak mengambil perhatian yang berat terhadap pelajaran anak-anaknya. Penduduk dan kawasan Kampung Kedai Lalat dan sekitarnya dahulu terkenal sebagai sarang golongan samseng dan ‘kaki pukul’ .Maka seorang anaknya, Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat, telah mengambil daya usahanya sendiri untuk mendapatkan pelajaran agama daripada ulama-ulama tempatan pada waktu itu.Menurut Cikgu Tuan Mat bin Haji Tuan Kechik, setelah Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat mendapat didikan agama di Pondok Haji Omar Mentuan dan Pondok Tok Kenali, Allahyarham telah menunjukkan sikapnya yang tidak mahu bertolak ansur dengan sesiapa sahaja tentang ajaran agama Islam.Antara kisah yg menarik ialah “Allahyarham secara nekad dan berani menyembelih beberapa ekor ‘ayam pelaga’ kesayangan ayahandanya sendiri yang disimpan dalam satu sangkar yang istimewa.’Ayahandanya yang bengis itu tidak berkata apa-apa apabila diberitahu bahawa orang yang menyembelih ayam pelaga kesayangannya itu ialah anaknya sendiri yang bernama Nik Mat,” kata Cikgu Tuan Mat.Peristiwa tindakan Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat menyembelih ‘ayam-ayam pelaga’ kesayangan ayahandanya itu telah menggemparkan masyarakat setempat kerana sebelum itu tidak ada seorang insan pun yang sanggup dan berani menentang ayahandanya itu yang amat bengis dan gedebe itu.Apa yg kita dapat simpulkan disini ialah: 1) Betullah nasyid nyanyian Raihan…..iman tidak dapat diwarisi….benda ni sebenarnya kena cari. Sama seperti yang dilakukan oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat iaitu ayah kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Asalnya bukan alim sangat pun….tapi dia berusaha keras….rasanya boleh dijadikan role model kepada kita….2) Istiqamah dalam hidup dan mendidik anak….hingga terbentuk pada peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz…..Sampai tok cha (sami budha) pun ade cakap….org ni (Tuan Guru Nik Aziz)…..bagus punyer org.Ini merupakan kisah benar dan dirujuk di dalam Portal rasmi Pejabat Menteri Besar http://mbkelantan.disanasini.com/isi/diariberita/siapa_nik_aziz.htm (untuk baca detail….sila ke link di atas)dan pengalaman hidup saya sepanjang 27 tahun kenal ayah zid…dari dulu sampai sekarang begitulah dia….tak banyak berubah……saya tumpang bangga kenal dia….tapi tak lah sebaik dia……akhir kata…saya petik kata-katanya apabila dilantik menjadi Menteri Besar pada tahun 1990″Sebenarnya kalau ditanya jiwa halus saya, saya tidak hendak jadi Menteri Besar. Apa yang saya hendak ialah saya menumpang berdakwah di atas dunia Allah Ta’ala ini,” katanya.


Oct
20

 

Khutbah Rasulullah Di Awal Ramadhan )

 

“ Wahai manusia, telah datang kepadamu satu bulan yang agung dan diberkati. Bulan yang

terdapat di dalamnya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang Allah taala

telah menjadikan puasa di siang harinya sebagai kewajipan dan menghidupkan malamnya

sebagai satu tuntutan yang disunatkan.

 

Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan ini melalui satu amalan sunat maka

pahalanya seumpama dia melakukan satu amalan fardhu pada bulan yang lain. Sesiapa yang

menunaikan satu amalan fardhu padanya maka pahalanya seumpama dia melakukan 70

amalan fardhu di bulan yang lain.

 

Bulan ini adalah bulan sabar dan ganjaran sabar itu adalah syurga. Bulan ini adalah bulan simpati.

Bulan dilimpahkan rezeki orang mukmin padanya. Sesiapa yang memberikan makanan untuk berbuka

kepada orang yang berpuasa maka ia adalah pengampunan dosa-dosanya, pembebasan dari neraka

dan mendapat pahala puasa orang itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahalanya.

 

“ Wahai Rasulullah, bukan semua kami mampu memberikan makanan mereka yang berpuasa ?”, keluh para sahabat yang miskin.

Rasulullah menjawab, “Allah tetap memberikan pahala kepada sesiapa yang mendermakan walau sebiji

tamar, seteguk air dan sesisip susu”.

 

Bulan ini di awalnya rahmat, di pertengahannya keampunan dan di akhirnya pembebasan dari neraka.

Sesiapa yang meringankan

beban para pekerjanya di bulan ini maka dia diampunkan oleh Allah dan dibebaskan dari neraka.

 

Perbanyakkanlah di dalam bulan ini 4 amalan. 2 darinya akan menjemput redha Tuhan. 2 yang lainnya

sangat dihajati oleh kamu. Adapun 2 amalan

yang menjemput redha Tuhan ialah perbanyakkan ucapan tahlil dan istighfar manakala 2 perkara yang

sangat dihajati ialah perbanyakkan doa masuk syurga dan jauh dari neraka.

 

Sesiapa yang memberi minum kepada mereka yang berpuasa untuk berbuka maka Allah akan memberinya

minum dari kolam ku di akhirat

dengan sekali minum dan tidak akan dahaga lagi sehingga masuk ke syurga”.

 

[ Riwayat Ibnu Khuzaimah, Al-Baihaqi dan Ibnu Hibban ]

Oct
14

Dunia ditangan jangan dihati.

Jul
22

Bismillahirrahmanirrahim….

”Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul daripada kaummu sendiri,berat terasa olehnya penderitaanmu,sangat menginginkan(keimanan dan keselamatan)bagimu,amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang mukmin”(surah Al-taubah,9:128)

Assalamualaikum and salam pembuka bicara..ahlan washlan and welcome to my blog..diharap dengan adanya laman blog ini dapatla kita sama2 berkongsi pendapat dan cerita di samping dapat mencari penyelesaian terhadap isu2 semasa yang tidak akan kering diperkatakan sekarang..   salam ukhwah dan selamat bekerjasama..

securedownload6

Jul
15

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!